15 Jun 2023 - Program Sambutan 1 Tahun Program Perak Sejahtera 2030 telah diadakan di Ipoh Convention Centre petang tadi.
YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah memaklumkan pencapaian Perak Sejahtera 2030 melalui ucaptama yang telah disampaikan dalam program tersebut.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan MBI, pegawai dan anggota MBI.