"Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera"
MISI
"Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif Ke Arah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Dan Bestari Sejahtera Menjelang 2030"
SLOGAN
"Ipoh Bestari Sejahtera"
OBJEKTIF
Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang berdaya huni, berkualiti dan mampan untuk meningkatkan taraf hidup warga bandar raya
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
Memperkasakan perancangan pembangunan pintar dan lestari dalam semua bidang
Meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam yang berkualiti
Memberdayakan penglibatan komuniti secara inklusif untuk mencapai pembangunan masa hadapan
Melestarikan alam sekitar dan mempertingkatkan persekitaran yang bersih
Memelihara serta memulihara warisan dan seni budaya setempat
Menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan yang vibrant
Mempertingkatkan pengindahan bandar raya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan