Orang awam yang meletak kenderaan di tempat letak kereta di Majlis Bandaraya Ipoh boleh membuat pembayaran caj tempat letak kereta dengan menggunakan aplikasi Flexi Parking mulai 15 September 2023.
Orang awam kini mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran caj tempat letak kereta di Majlis Bandaraya Ipoh sama ada menggunakan aplikasi Park@Perak atau aplikasi Flexi Parking.
Penambahan saluran bayaran ini dibuat bagi memberi kepelbagaian kaedah bayaran kepada orang awam yang menggunakan kemudahan tempat letak kereta di Majlis Bandaraya Ipoh dengan lebih mudah, pantas dan selamat.
Kemudahan ini juga dibuat dengan harapan orang awam dapat menyesuaikan diri dengan membayar caj tempat letak kereta melalui pembayaran tanpa tunai (cashless).
Aplikasi Park@Perak dan aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan Huawei Gallery.