Aktiviti & Berita

MAJLIS PERASMIAN MEDAN SELERA JELAPANG

31 Julai 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuh dan memperkasa peniaga-peniaga kecil khususnya di medan selera dan gerai makan.

Projek Menaiktaraf Medan Selera Jalan Jelapang, Ipoh telah siap dilaksanakan pada 16 Mei 2024 dengan kos kontrak berjumlah RM482,200.00 mengikut Garis Panduan Pelaksanaa Projek Pembaikan dan Naiktaraf Gerai Madani di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melalui peruntukan B.P 1 2023 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Skop Projek yang terlibat termasuklah naiktaraf bumbung, ruang dalam gerai, pendawaian elektrik, mengecat bangunan, pemasangan kerusi dan meja makan, penggantian roller shutter/pintu gerai, pemasangan Jubin lantai dan lain-lain kerja berkaitan yang menepati Skop Projek Gerai Madani.

Medan Selera Jalan Jelapang (Lama) ini adalah bersebelahan Medan Selera Jalan Jelapang (Baru) atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Medan Selera Pokok Ceri kerana terdapat pokok ceri yang di tanam di medan selera ini. Selepas kerja menaiktaraf dilaksanakan, kedua-dua medan selera ini telah dijenamakan semula sebagai Medan Niaga Pokok Ceri sebagai imej baru Gerai Madani. Majlis Bandaraya Ipoh juga berhasrat untuk memohon peruntukan tambahan daripada pihak KPKT bagi menaiktaraf Medan Selera Jalan Jelapang (Baru) yang berada di sebelah medan niaga yang dinaiktaraf ini untuk menambahbaik kualiti dan kemudahan medan niaga ini.

Medan niaga yang baru ini bukan sahaja menyediakan suasana yang lebih selesa dan moden bagi para peniaga dan pengunjung, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik yang dapat memastikan tahap kebersihan yang lebih tinggi, selaras dengan piawaian kesihatan awam. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan jumlah pengunjung, seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dengan menarik lebih banyak pelanggan ke gerai-gerai di medan niaga ini.

Majlis Bandaraya Ipoh akan terus komited dalam menyokong inisiatif seperti ini untuk kesejahteraan rakyat.

453511382 873842674768254 285174388740103598 N
453513193 873842801434908 6933750169243670607 N
453536258 873842908101564 1086670434326942425 N
453631652 873842644768257 5413819507246559481 N
453775594 873842664768255 2092895071605207892 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/01/2025.
  • Jumlah Pelawat 5396826