19 Januari 2025 - Y. Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Larian Warisan Malaysia 2025 pagi tadi.
Program yang diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh itu turut dihadiri oleh YDH Toh Mahkota Lela Tuan Haji Abu Bakar @ Yusof bin Mohamed, Tuan Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin,
Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI, wakil JBS Perak, wakil MOTAC Perak, Penolong Pengurus Besar Perak FC dan Jurulatih Perak FC.
Larian Warisan Malaysia 2025 merupakan acara larian yang berfokus kepada komuniti, yang bertujuan untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya.
Acara ini juga diadakan untuk mempromosikan perpaduan nasional, kebanggaan budaya, dan gaya hidup sihat.
Kira-kira 1200 peserta dari pelbagai latar belakang telah mengambil bahagian dalam acara ini dengan jarak larian melibatkan sejauh 5 kilometer (km) dan 10 km.
Tema program larian ini adalah dikaitkan dengan tradisi Malaysia, di mana para peserta akan memakai pakaian tradisional atau warna-warna kebangsaan.
Acara yang berlangsung meriah ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan kebudayaan, gerai makanan tradisional, dan aktiviti mesra keluarga.