Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan kerja-kerja Perkhidmatan Sampah Kebun dan Pukal di sekitar kawasan Taman Rapat Permai, Taman Klebang Jaya, Taman Rapat koperasi, Jalan Kompleks Sukan, Taman Canning, Taman Desa Ampang, Medan Lapangan Sentosa, Taman Lapangan Indah, Medan Lapangan Hartamas, Taman Gunung View, RPT Pengkalan Pegoh Tambahan, Bandar Lahat Baru, Meru Permai, Meru Impian, Chemor Aman, Chemor Setia dan Chemor Saujana .
Majlis Bandaraya Ipoh juga pada waktu yang sama telah melaksanakan Pembersihan Sampah Haram di sekitar Little India (Lorong sebelah Batu Pahat), Taman Canning, Lebuh Cecil Rae, Pasar Borong, Taman Fair, Jalan Kamaruddin Isa, Lebuh Lebuh Ce Rea, Jalan Kelab Golf, Meru Damai, Jalan Kledang Raya dan Sungai Kati.
Majlis Bandaraya Ipoh menegaskan supaya wargakota mematuhi syarat-syarat perkhidmatan kutipan sampah pukal dan sampah kebun. Untuk info lanjut, sila layari laman sesawang
https://www.mbi.gov.my/index.php/sumber/muat-turun-dokumen?view=article&id=350&catid=27 Bersama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar.