Perlesenan

Pemberitahuan Dan Makluman kepada Pemohon Lesen

  • Utama
  • Pemberitahuan Dan Makluman kepada Pemohon Lesen

1. Lesen hendaklah di jelaskan sebelum atau dalam tempoh 14 hari dari tarikh tamat tempoh dengan

  • hadir sendiri ke Bahagian Pelesenan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh; atau
  • mencetak melalui e-semak & e-cetak untuk mendapatkan salinan bagi tujuan memperbaharui.

2. Jika gagal menjelaskan dalam tempoh yang di nyatakan, perniagaan yang di jalankan dianggap tanpa lesen dan boleh dikenakan tindakan kompaun.

3. Pembayaran lesen boleh di buat dengan cara berikut :

  • kaunter Bayaran MBI di Greentown atau di UTC [Pembayaran melalui Cek / Bank Deraf hendaklah di palang (TIDAK BOLEH NIAGA) dan di bayar atas nama MAJLIS BANDARAYA IPOH dengan mencatat NO AKAUN dan NO TELEFON di belakangnya]; atau
  • secara atas talian melalui e-Bayaran

4. Lesen hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat mudah dilihat di premis perniagaan dan hendaklah mengemukakannya bila dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana pegawai Majlis Bandaraya Ipoh yang di beri kuasa.

5. Perniagaan tidak boleh dijalankan di tempat lainselain daripada yang dinyatakan pada bil lesen.

6. Sekiranya perniagaan ingin di tutup / dihentikan, pelesen hendaklah mengisi borang:

  • [BORANG BP 1/17 - BORANG PERMOHONAN PEMBATALAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN]
  • [BORANG BP 2/17 – BORANG PERMOHONAN PEMBATALAN LESEN PAPAN IKLAN]
    Klik untuk muat turun borang

dalam tempoh 7 hari setelah perniagaan di tutup / dihentikan dan mengemukakannya ke Bahagian Pelesenan, Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh.

7. Bayaran cagaran [premis / papan iklan] hendaklah di tuntut dalam tempoh 14 hari bekerja selepas perniagaan di tutup / di hentikan dengan mengisi borang saperti di pautan dan mengemukakan bersama :-

  • salinan asal resit cagaran;
    (jika hilang pemohon hendaklah mendapatkan surat akuan bersumpah);
  • salinan kad pengenalan pelesen;
  • salinan muka surat pertama akaun bank;
  • borang permohonan pembatalan lesen premis perniagaan
    - [Borang BP 1/17] atau
    - borang permohonan pembatalan lesen papan iklan[Borang BP 2/17] dan;
  • salinan lesen perniagaan semasa.

Klik untuk muat turun borang

 

8. Segala pertanyaan hendaklah dirujuk ke Bahagian Pelesenan, Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh atau hubungi talian 2083218 / 3357 / 3358 pada waktu pejabat.

mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:16/07/2024| Visitors Count :5103324