23 Mei 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi daripada
Majlis Daerah Sabak Bernam seramai 8 orang anggota yang diketuai oleh Puan Zaimarul Almira bt. Ismail, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Sabak Bernam.
Sesi Lawatan ini telah diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran di Kilang Rakan Strategik Majlis. Lawatan sambil belajar teresebut adalah bertujuan untuk mendapat pendedahan dan pengetahuan berkaitan pengurusan tayar terpakai.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh En Yahaya bin Rashid, Pengurus Projek di Kilang Thowlee, Taklimat ini telah berlangsung di kilang kitar semula tayar di No: 185, Jalan Seramik Chepor 11/731200 Chemor. Delegasi juga turut dibawa untuk melawat di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Semoga lawatan ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan serta mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Sabak Bernam.