LAWATAN TURUN PADANG (TURPA) SETIAUSAHA BANDARAYA KE TAMAN PULAI MUTIARA, IPOH

Ipoh, 10 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan komitmennya dalam menyantuni permasalahan komuniti apabila Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke kawasan Taman Pulai Mutiara, petang ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau dan menilai sendiri aduan berkaitan skim keselamatan dan komuniti berpagar yang beroperasi tanpa kelulusan sah di kawasan perumahan berkenaan. Hadir sama dalam sesi ini ialah Pengarah Jabatan MBI yang berkaitan serta wakil Persatuan Penduduk Taman Pulai Mutiara.

Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati skim komuniti berpagar dan berpengawal yang dilaksanakan di taman tersebut tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan. Aduan turut diterima berhubung kesulitan yang dialami oleh pemilik rumah yang terpaksa membuka palang secara manual untuk memasuki kawasan kediaman mereka. Pihak MBI kini sedang menjalankan siasatan terperinci berkenaan isu ini.

Sesi libat urus bersama penduduk diadakan bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai isu yang dibangkitkan, di samping mencari pendekatan penyelesaian yang praktikal dan menyeluruh.

Lawatan ini mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya yang sejahtera, selamat dan lestari. Pihak MBI berharap isu ini dapat ditangani secara berperingkat dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

516337387 1122176446601541 8690175479180460541 N
516590778 1122176389934880 6850788139768985749 N
516930249 1122176386601547 1482670045833333287 N
517742222 1122176419934877 5823340040467175918 N
518090893 1122176426601543 1575820493127210342 N
  • Hits: 46
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5817291