MBI ANJUR PERTANDINGAN PASAR MALAM TERBAIK MBI BIL. 1/2025

MBI Anjur Pertandingan Buat Julung Kali Bagi Mengiktiraf Peranan Penganjur dan Penjaja

Ipoh, 4 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan sesi taklimat sempena Pertandingan Pasar Malam Terbaik MBI Bil. 1/2025, yang menyaksikan kehadiran seramai 18 penganjur pasar malam dari seluruh kawasan pentadbiran MBI.

Mereka terdiri daripada 9 Persatuan Penjaja, 6 Persatuan Penduduk dan 3 Jawatankuasa Masjid/Surau.

Sesi taklimat tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abdul Halim bin Saad, Pengarah Kanan (Pentadbiran & Operasi) MBI, dan turut dihadiri oleh Encik M Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya serta Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI.

Taklimat berkaitan kriteria pertandingan dan aspek pematuhan telah disampaikan oleh Puan Noraini binti Abu Bakar, Penguasa Kesihatan (Penjaja) dari Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBI serta Encik Muhammad Aswad bin Abd Rashid daripada Green Energy Asia Biofuel Resources, rakan strategik MBI dalam inisiatif kitaran ekonomi.

Pertandingan ini merupakan inisiatif sulung MBI yang bertujuan mengiktiraf peranan penting penganjur pasar malam, penjaja, dan peniaga kecil dalam merancakkan ekonomi tempatan. Selain memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kreativiti dan mutu perkhidmatan masing-masing, pertandingan ini juga menjadi platform memupuk semangat keusahawanan, inovasi dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat ekonomi mikro bandaraya ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua penganjur pasar malam yang berdaftar dengan MBI, dan penyertaan amat dialu-alukan sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti perniagaan setempat.

500908460 1094444506041402 3780236986258955384 N
500943734 1094444622708057 6289194133313410013 N
500974493 1094444446041408 6252443825116102712 N
501016577 1094444496041403 2099161554385498346 N
501068273 1094444779374708 1175007572244663175 N
501078654 1094444752708044 3472771987232096079 N
501080636 1094444649374721 8713586789719701806 N
501128718 1094444466041406 9009150142981200199 N
501257310 1094444676041385 6553440913345602250 N
503706386 1094444526041400 1160541244445749776 N
503849907 1094444802708039 4496722378392722860 N
503997158 1094444909374695 6289625348451406183 N
504149516 1094444442708075 2516453158466473453 N
  • Hits: 16
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:13/06/2025| Visitors Count :
  • All 5738514