Aktiviti & Berita

1500 WARGA MBI SERTAI PERHIMPUNAN KHAS ANGGOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI BANDARAYA IPOH KE-36

27 Mei 2023 - 1500 warga MBI telah menyertai Perhimpunan Khas Anggota Sempena Sambutan Hari Bandaray Ipoh Ke-36 bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan-Kewangan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Dalam ucapan Datuk Bandar, beliau merakamkan ucapan penghargaan yang tinggi kepada seluruh warga MBI kerana saya amat berbangga dengan komitmen dan pencapaian cemerlang yang dicatatkan sepanjang tahun 2023.

Menurut beliau lagi, dunia terus mengenali Ipoh yang dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur yang menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Ipoh telah diistiharkan sebagai Geo Park Kebangsaan yang berada dalam kawasan bandaraya.

Ipoh juga terus dikenali sebagai bandar kopi putih yang mana menerusi laman web Taste Atlas, ‘Ipoh White Coffee’ telah disenaraikan sebagai salah satu produk kopi yang popular dalam kalangan masyarakat dunia serta menduduki tempat ke-10 dalam senarai ’39 Kopi Terbaik Di Dunia’ yang diterbitkan pada 15 Mac lalu.

Majlis Bandaraya Ipoh telah merangka hala tuju bagi tempoh 10 tahun melalui pembangunan Pelan Perancangan Strategik MBI 2021 - 2030 dengan berpandukan kepada Dasar Nasional Sustainable Development Goals (SDG).

Pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MBI 2021-2030 ini berpandukan kepada visi untuk menjadikan "Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan dan Bestari Sejahtera".

Bagi menyokong hasrat ini MBI telah menetapkan Misi untuk "Memperkasakan Pengurusan Bandar, Secara Inklusif Ke Arah Bandar Pintar, Rendah Karbon dan Bestari Sejahtera Menjelang 2030".

Pelan Perancangan ini dirangka dengan menggunakan konsep MINER iaitu Man (M), Infrastructure (I), Nature (N), Economy (E) dan Regulation (R) dengan pendekatan CERIA yang berpandukan kepada 5 Teras, 22 Strategi, 88 Pelan Tindakan dan 221 Program.

Teras 1 - Membentuk Masyarakat Bestari Sejahtera
Teras 2 - Memperkasakan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Teras 3 - Melestarikan Alam Sekitar
Teras 4 - Memperkasakan Ekonomi Berdaya Tahan
Teras 5 - Memperkukuhkan Tadbir Urus Yang Kompeten

Seiring dengan itu, MBI juga telah menetapkan 7 Penanda Aras Utama iaitu:
1. Ipoh Bandar Terbersih 2023;
2. Ipoh Bandar Pelancongan Utama Negara 2025;
3. Ipoh Bandar Infrastruktur Digital dan Infrastruktur Lain AntaraTerbaik Di Malaysia 2027;
4. Ipoh Bandar Pintar 2030;
5. Ipoh Bandar Rendah Karbon 2030;
6. Ipoh Bandar Bestari Sejahtera 2030; dan
7. Ipoh Mencapai Sasaran Bandar Berpendapatan Tinggi 2030

Bagi menyokong penanda aras tersebut, MBI telah membangunkan 13 pelan tindakan, rangka kerja dan kajian dengan kerjasama universiti-universiti tempatan.

Sebagai contoh pencapaian penandarasan, IPOH BANDAR TERBERSIH 2023 melalui Pelan Tindakan Ipoh Bandar Raya Terbersih 2023 melalui 5 Teras Strategik, 10 Strategi dan 35 Program yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak yang memfokuskan kepada pelaksanaan transformasi perkhidmatan pembersihan dan kesihatan persekitaran secara pintar dengan mengoptimumkan keekapan sumber manusia dan jentera moden.

Majlis Bandaraya Ipoh telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan membanggakan pada tahun 2023. Kejayaan yang amat cemerlang dan membanggakan ini telah diterjemahkan melalui Laporan Pencapaian Ipoh Bandaraya Bersih 2023.

Antara pencapaian cemerlang tersebut adalah penutupan lokasi 'hot-spot' sampah haram daripada 1,672 lokasi kepada 120 lokasi, pengedaran tong sampan secara percuma sebanyak 84,547 di premis melibatkan 355 kawasan perumahan serta penubuhan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik " Trash For Cash”.

Model Ekonomi Donat digunakan sebagai penanda aras supaya tidak melangkaui sempadan alam raya, malahan menitikberatkan keseimbangan ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar sejajar di bawah Program Flagship 15 Pelan Perak Sejahtera 2030., menggariskan Ipoh Bandar Ekonomi Donat pada tahun 2027.

Pengasas Ekonomi Donat iaitu Profesor Kate Raworth dari Universiti Oxford telah memberi pengiktirafan Ipoh sebagai bandar ekonomi donat pertama di rantau Asia. Ia meletakkan negeri Perak amnya dan Ipoh khasnya seiring dengan negara peneraju kelestarian alam sejagat dalam merancang dan melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi. MBI telah melaksanakan pelbagai program dan projek melalui ekonomi kitaran, sinergi dan kalobrasi pembangunan brownfield, waste to wealth, trash for cash dan eco-tourism.

Apabila Kerajaan Negeri Perak melancarkan Pelan Perak Sejahtera pada Jun 2022, salah satu program Flagship Pelan tersebut adalah Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027. Kedudukan Ipoh yang strategik di antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menyediakan peluang yang besar dengan sejarahnya yang unik dan pembangunan yang tersusun dari segi perancangan bandar sejak awal lagi. Ipoh juga mempunyai kehijauan yang indah, tasik-tasik bekas lombong dengan bukit-bukit batu kapur tersergam indah. Ipoh adalah sebuah bandar warisan yang berbudaya, lambang Malaysia yang terbaik. Professor Kate Raworth dari Oxford University yang mempelopori idea Ekonomi Donat sebagai satu pendekatan ekonomi alternatif telah dijemput datang ke Ipoh untuk menyampaikan taklimat berkaitan Ekonomi Donat memandangkan Ipoh dengan sumber yang ada berkemampuan menjadi model Bandar Ekonomi Donat yang pertama di Asia. Bandar-bandar lain yang telah melaksanakan Ekonomi Donat antaranya Amsterdam di Belanda, Brussels di Belgium, Birmingham dan Oxford di UK, serta Brisbane dan Melbourne di Australia. Ekonomi Donat adalah secara dasarnya adalah satu bentuk ekonomi regeneratif, ekonomi kitaran dengan penambahbaikan dari segi mengambilkira aspek kebajikan dan keadilan social masyarakat.

Bagi merealisasikan Pelan Perancangan Strategik MBI ini, MBI telah merangka pelan tindakan dan program di bawah Pelan Pengurusan Strategik MBI 2021-2030.

Bagi tahun 2023, sebanyak 274 program telah dilaksanakan berdasarkan kepada lima (5) teras strategik, 22 strategi, 88 pelan tindakan.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-36 Bandaraya Ipoh, MBI telah menyediakan 21 program sambutan pada tahun ini. Program-program tersebut adalah:

29 April – 12 Mei 2024
Pertandingan Video Kempen Ipoh Bebas Beg Plastik
Pertandingan Mencipta Reka Hias Bag Kitar Semula

13 Mei – 12 Jun 2024
Diskaun 50% Kompaun Lalulintas Di Bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya)

24 – 26 Mei 2024
Showcase 1 Daerah 1 Industri (SDSI)
Karnival Hari Bandaraya Ipoh
Ipoh City 9 A-Side Veteran Football Carnival 2024;

25 Mei 2024
Pertandingan Memancing

25-27 Mei 2024
Jualan Murah Sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh Ke-36

26 Mei 2024
Ipoh Low Carbon Day (Hari Karnival Bandaraya Ipoh)

27 Mei 2024
Majlis Executive Talk sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-36

28 Mei 2024
Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia

30 Mei 2024
Majlis Bacaan Yasin & Ceramah Khas Sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh Ke-36

14 Jun 2024
Pelancaran Gotong-Royong Perdana LA21

21 Jun 2024
Moh Kite Boling

3 Ogos 2024
Pertandingan Mewarna

8 Ogos 2024
Pertandingan Tandas Awam Terbersih Bandaraya Ipoh 2024
Pertandingan Restoran / Kafe Terbersih Bandaraya Ipoh

28 Ogos 2024
Ipoh International Run 2024

30 Ogos 2024
Program Kayuhan Merdeka 2024 di Persiaran Bandaraya

14-15 September 2024
Bola Sepak Piala Datuk Bandar (Bawah 12 dan 13 Tahun 2024)

Semoga perhimpunan ini akan membantu merealisasikan hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

444952272 834046345414554 6415823160306117948 N
445026528 834046425414546 1897118714989376964 N
444973336 834046475414541 8451350196309648990 N
444496978 834046305414558 2741328094780134991 N
445175008 834046462081209 6014344205965292970 N
445364443 834046608747861 1819744701448548548 N
444479369 834046568747865 5061967090125518649 N
445408718 834046792081176 7523817754651294886 N
444455803 834046715414517 6292379425576795114 N
444924108 834046762081179 4270666512712307688 N
444964616 834046665414522 3656954284874363901 N
444973337 834046702081185 2789184540033570468 N
444990228 834046632081192 1672406299479728724 N
445034788 834046375414551 1187349064803673368 N
445095722 834046332081222 438715415416413230 N
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:27/05/2025| Visitors Count :
  • All 5711075