Dasar Perbandaran Negara

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.

Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.

Sila kunjungi http://www.townplan.gov.my untuk mengunjungi laman web rasmi Dasar Perbandaran Negara dan dapatkan maklumat lanjut.

Dasar Perbandaran Negara Kedua

Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan Negeri;

  • Isu-isu perbandaran semasa;
  • Wawasan Negara;
  • Rancangan Malaysia Ke-11; dan
  • Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.

DPN2 merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016-2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT, agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. DPN2 juga telah meliputi Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah.

Read more: Dasar Perbandaran Negara

  • Hits: 3491

Permohonan Akses Maklumat

PERMOHONAN MENDAPATKAN MAKLUMAT MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Majlis Bandaraya Ipoh, sila kemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Akses Maklumat secara dalam talian (online).

Klik Di Sini

Anda juga boleh menghantar permohonan secara rasmi ke :
  • Majlis Bandaraya Ipoh
    Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown
    30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Permohonan Akses Maklumat

  • Hits: 5900

Peluang Pekerjaan

Mengenai Kami

Peluang Pekerjaan

 


MAJLIS BANDARAYA IPOH
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

TIADA JAWATAN KOSONG BUAT MASA INI.


Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Ipoh
Tingkat 1. Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Read more: Peluang Pekerjaan

  • Hits: 127671

E-Participation

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh:

  1. Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh.
    • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
    • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan. fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikas
  2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini
  5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.

Read more: E-Participation

  • Hits: 3003

More Articles ...

mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:03/07/2024| Visitors Count :5102306