CABUTAN KERJA-KERJA UNDI MBI SESI 01/25 DIADAKAN SECARA LANGSUNG DI MEDIA SOSIAL

Ipoh, 10 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited dalam mempertingkat ketelusan dan kecekapan sistem perolehan dengan menganjurkan Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 01/25 secara langsung menerusi laman Facebook rasmi “FB Majlis Bandaraya Ipoh” pagi ini.

Majlis cabutan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, dan turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, wakil dari Pusat Khidmat Kontraktor, PERKOBF Perak, serta barisan Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Bagi sesi ini, sebanyak 27 kerja undi ditawarkan melibatkan dua jabatan utama dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM2.3 juta:

a) Jabatan Landskap – Naiktaraf gelanggang, padang, pemasangan pagar dan penghadang bola, pembekalan kerusi taman dan pokok teduhan (RM624 ribu);

b) Jabatan Kejuruteraan – Kerja penurapan semula jalan (RM1.7 juta).

Peruntukan ini merangkumi:

a) RM1.4 juta – Dana Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT);

b) RM300 ribu – Dana Ekonomi Rakyat (Insentif Kemudahan Rakyat), ;

c) RM624 ribu – Peruntukan MBI.

Cabutan ini terbuka kepada kontraktor G1 berdaftar dengan CIDB dalam kategori kerja awam dari daerah Kinta sahaja, dengan nilai kerja di bawah RM100,000 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.21.

Sebanyak 127 kontraktor yang lulus tapisan dan memenuhi syarat kelayakan telah menyertai sesi cabutan ini, yang dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Notis rasmi telah dipaparkan menerusi Portal dan Facebook MBI, manakala pendaftaran dalam talian dibuka dari 15 Mei hingga 22 Mei 2025.

505683755 1099266215559231 1513044795722220622 N
505861452 1099266242225895 356743629643120520 N
505880341 1099266175559235 1418531789157907442 N
506009049 1099266192225900 2121518510362583998 N
506022401 1099266208892565 5725942391568362521 N
  • Hits: 34
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:13/06/2025| Visitors Count :
  • All 5737882