DATUK BANDAR IPOH TERLIBAT DALAM SESI UNDIAN LIGA SEPAK TAKRAW UNTUK GRAND PRIX PULAU PINANG
Ipoh, 21 Oktober 2026- YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah diberi penghormatan untuk terlibat dalam sesi undian Liga Sepak Takraw (STL) untuk Grand Prix (GP) Pulau Pinang, yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.
Kehadiran Datuk Bandar Ipoh, adalah sebahagian daripada penglibatan aktif beliau bersama Persatuan Sepak Takraw Perak (PERSEDAR) dan Astro dalam menjayakan penganjuran sirkit pembukaan kejohanan berprestij tersebut.
Sesi ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan sokongan terhadap sukan sepak takraw serta meningkatkan keterujaan menjelang berlangsungnya saingan GP dalam STL.
GP Pulau Pinang bagi saingan CelcomDigi STL Premier 2026 akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 1 November 2026 di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Ia merupakan pusingan kedua bagi siri GP Liga Premier musim ini.

- Hits: 26