DATUK BANDAR TURUN PADANG KE JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

Ipoh, 4 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terletak di Pejabat Perkhidmatan Bandar, Buntong, pada pagi tadi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Manisegaran a/l Subramaniam, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBI.

Sepanjang lawatan tersebut, Datuk Bandar telah menyampaikan amanat kepada warga jabatan, di samping meluangkan masa beramah mesra dengan para pegawai dan kakitangan. Beliau juga turut meninjau fasiliti pejabat serta menerima taklimat terperinci berkenaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh Pengarah Perkhidmatan Perbandaran sendiri.

Dalam ucapannya, beliau menekankan hasrat agar MBI kembali memberi tumpuan kepada fungsi teras iaitu memastikan kebersihan bandaraya, khususnya aspek kutipan sampah, penyelenggaraan longkang dan rumput, pencahayaan awam serta pengurusan taman dan kawasan rekreasi.

Beliau turut menyeru seluruh warga kerja MBI agar bersama-sama menjayakan visi menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.

Program sebegini diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi baharu dalam kalangan warga MBI untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kota Ipoh.

500844453 1094327412719778 4794112638098861293 N
500980842 1094327772719742 8844522003248866069 N
501045790 1094327609386425 2995510545932311025 N
501055902 1094327369386449 4001599408310786500 N
501056768 1094327382719781 8452078287306540236 N
501060286 1094327636053089 6796532618923057442 N
501064161 1094327292719790 7634686741048375918 N
501069610 1094327552719764 4545880911255667594 N
501086023 1094327319386454 9100609333639108986 N
501136605 1094327349386451 633678227867001608 N
503771446 1094327586053094 6888319644779694547 N
503824453 1094327526053100 6549026987029144574 N
503839273 1094327812719738 1926363908448194940 N
504008004 1094327439386442 1920492928473598174 N
504119864 1094327466053106 2923655218108305843 N
504183001 1094327792719740 5807098288399719000 N
  • Hits: 25
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:13/06/2025| Visitors Count :
  • All 5736948