KERJA-KERJA SELENGGARAAN POKOK TEDUHAN BERISIKO DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui Jabatan Taman dan Landskap sedang giat melaksanakan Kerja Selenggaraan Pokok Teduhan Fasa 1 di lapan (8) zon utama dalam Bandaraya Ipoh sebagai usaha berterusan bagi memastikan pokok-pokok teduhan sentiasa berada dalam keadaan selamat, sihat dan terurus. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan kawasan Sengat, Lapangan, Rapat, Mengelembu, Jelapang, Pengkalan, Manjoi dan Meru, dengan jumlah keseluruhan 2,503 pokok pelbagai saiz yang diselenggara melibatkan kos hampir RM1.4 juta.

Pelaksanaan kontrak ini merupakan kerja-kerja tambahan yang dilaksanakan menggunakan peruntukan khas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi mempercepatkan penyelenggaraan pokok teduhan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti. MBI menyedari terdapat kelewatan dalam penyelesaian sebahagian aduan secara dalaman berikutan jumlah aduan yang diterima adalah tinggi dan melebihi kapasiti semasa Jabatan. Oleh yang demikian, pelaksanaan kerja kontrak ini adalah sebagai pelengkap kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok yang sentiasa dilaksanakan secara dalaman (in-house) oleh Jabatan Taman dan Landskap MBI di seluruh kawasan Bandaraya Ipoh bagi mempercepatkan tindakan serta meningkatkan tahap keselamatan warga bandaraya.

Antara skop kerja yang dilaksanakan ialah 2,171 kerja cantasan dan penyelenggaraan pokok, melibatkan pemangkasan dahan bagi mengurangkan beban pada struktur pokok, memperbaiki keseimbangan kanopi serta mengurangkan risiko dahan patah ketika cuaca buruk atau angin kencang. Selain itu, sebanyak 332 kerja tebangan pokok turut dilaksanakan melibatkan pokok yang telah mati, reput, rosak atau dikenal pasti mempunyai risiko tinggi terhadap keselamatan orang awam dan harta benda berdasarkan pemeriksaan teknikal yang dijalankan.

Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berjadual dan mengikut keutamaan berdasarkan pemeriksaan di lapangan, aduan awam serta penilaian risiko oleh pegawai teknikal Jabatan Taman dan Landskap.
Penentuan lokasi kerja adalah berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam, pemantauan dan penilaian teknikal oleh Jabatan Taman dan Landskap serta laporan daripada Ahli-Ahli Majlis MBI. Setiap lokasi akan diberi keutamaan mengikut tahap risiko bagi memastikan tindakan penyelenggaraan dilaksanakan secara lebih efektif, sistematik dan berfokus.

MBI turut memohon kerjasama pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi papan tanda amaran dan arahan petugas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pihak. Pelaksanaan Fasa 2 akan diteruskan selepas ini dan melibatkan beberapa zon lain di sekitar Bandaraya Ipoh bagi memastikan lebih banyak kawasan menerima kerja penyelenggaraan secara sistematik dan berterusan.

Majlis Bandaraya Ipoh komited untuk terus mempertingkatkan tahap penyelenggaraan pokok teduhan sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan, memelihara landskap bandar serta memastikan persekitaran Bandaraya Ipoh kekal hijau, selamat dan lestari demi kesejahteraan seluruh warga bandaraya.

751898048 1430613859091130 2539975137580296904 N
752509183 1430615499090966 2967682974979282161 N
752561385 1430613822424467 7612357894934669470 N
752761284 1430615432424306 2700626608294526508 N
752845911 1430613809091135 1881023857538188617 N
752916671 1430615492424300 7615011520691920557 N
753007436 1430615405757642 6246817335494490063 N
753170027 1430613885757794 6442219098937387775 N
753170069 1430615289090987 8120262518809199476 N
753170096 1430615455757637 7046074527465576790 N
753287889 1430615422424307 7141538010086310926 N
753337046 1430615345757648 6462835805484804591 N
753488240 1430615375757645 58939342721583123 N
753702087 1430615369090979 8302482448678038809 N
753924997 1430615295757653 1283782689681104935 N
754202351 1430613879091128 2617589280726891074 N
754462847 1430613829091133 3963501691469358807 N
754498178 1430615399090976 8630106384384172364 N
754553686 1430615465757636 2998561287661440771 N
754897660 1430613865757796 4776166526358166796 N
755317695 1430613815757801 3586242425739669310 N
755945331 1430615335757649 762933377600651420 N
  • Hits: 16
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:24/07/2026| Visitors Count :
  • All 6955921