KUNJUNG HORMAT OLEH BANK MUAMALAT KEPADA DATUK BANDAR IPOH

4 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Muamalat Malaysia di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak institusi perbankan Islam dan kerajaan tempatan dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bandar raya Ipoh.

Delegasi Bank Muamalat yang diketuai oleh En. Houzey othman Dato’ Mohd Hashim, Pengarah Serantau Wilayah Bank Muamalat telah berkongsi maklumat berkenaan perkhidmatan perbankan patuh syariah serta peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi, keusahawanan tempatan, dan kelestarian kewangan komuniti.

Datuk Bandar Ipoh menyambut baik kunjungan ini serta menzahirkan penghargaan atas kesediaan pihak Bank Muamalat untuk bersama-sama menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan warga bandar raya Ipoh melalui pendekatan inklusif dan berimpak tinggi.

514416728 1117305447088641 5966463343085255653 N
514418369 1117305433755309 3411520460931491202 N
515018079 1117305480421971 3326379219682505896 N
515931747 1117305560421963 4605342400879963772 N
515941871 1117305533755299 61271413038139251 N
515958104 1117305490421970 3529453108698508638 N
516202232 1117305530421966 7755714158669747383 N
  • Hits: 51
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5818790