KUNJUNGAN HORMAT PERAK CHINESE CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY (PCCCI) KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 4 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry (PCCCI) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Dato' Liew Chee Ming. Lawatan tersebut telah berlangsung di Pejabat Datuk Bandar, Bangunan MBI dan disambut mesra oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara MBI dan komuniti perniagaan Cina di negeri Perak, khususnya dalam merancakkan pembangunan ekonomi setempat di bandar raya Ipoh.

Sepanjang pertemuan, delegasi PCCCI turut berkongsi pandangan serta beberapa cadangan konstruktif ke arah mempertingkatkan iklim pelaburan, memudah cara urusan perniagaan dan menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan mampan yang bersifat mesra pelabur.

Datuk Bandar Ipoh dalam ucapannya menyambut baik inisiatif dan komitmen yang dizahirkan oleh PCCCI. Beliau turut menegaskan kesediaan MBI untuk meneruskan kolaborasi erat bersama pelbagai sektor industri demi memperkasa ekonomi tempatan dan meningkatkan kesejahteraan warga bandar raya Ipoh.

515007079 1117269130425606 5958028705499332202 N
515510893 1117269107092275 5437557093314936696 N
515719079 1117269067092279 3339005848665638305 N
515725946 1117269073758945 6306205122591761517 N
515925223 1117269143758938 2542248133265947343 N
  • Hits: 57
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5819316