SURVEILLANCE AUDIT ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) STAGE 1
Majlis Bandaraya Ipoh Komited dalam Pemantauan Sistem Pengurusan Antirasuah
Ipoh, 4 Julai 2025 – Sesi Audit Pemantauan (Surveillance Audit) Tahap 1 bagi Anti-Bribery Management System (ABMS), MS ISO 37001:2016 akan dijalankan di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 3 dan 4 Julai 2025.
Audit ini akan dilaksanakan oleh barisan auditor daripada SIRIM yang terdiri daripada Encik Khairul Azmi bin Pumijan, Ir. R. Raguraman dan Puan Norazlina binti Ibrahim
Sesi pembukaan audit telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, para Pengarah Jabatan serta wakil-wakil jabatan.
Sepanjang dua hari pelaksanaan audit, Unit Integriti bertindak sebagai urus setia dan penyelaras utama, memastikan segala proses berjalan lancar selaras dengan komitmen MBI terhadap tadbir urus yang telus, berintegriti dan bebas rasuah.
Majlis Bandaraya Ipoh terus komited dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti melalui pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah yang diiktiraf secara global.

- Hits: 59