LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 3 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung dengan jayanya hari ini.

Delegasi seramai 33 orang tersebut diketuai oleh Encik Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, dan telah disambut mesra oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman, khususnya berkaitan Pelan Induk Perancangan dan Penyusunan Penjaja Kecil MPS.

Satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Gerakan, Aras 2, Majlis Bandaraya Ipoh, yang disampaikan oleh Encik Faizalhawafiz bin Abd Wafar, Penolong Pengarah Kesihatan Bandaraya, dan Encik Abd Razak bin Hussin, Ketua Penguasa Kesihatan (Pasar & Penjaja). Taklimat tersebut memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang yang dinamik serta gambaran konsepsual yang menjadi panduan dalam pembangunan dan pemerkasaan ekosistem serta landskap penjaja kecil di bandaraya Ipoh.

Selain sesi taklimat, delegasi turut menjalani lawatan tapak selama tiga hari ke beberapa lokasi strategik antaranya MyKiosk Jumbo Jet, Jalan Jumbo Jet, MyKiosk Station 18, Gerbang Malam Ipoh, MyKiosk Meru, Dataran Bandaraya Ipoh (MBI Terrace), Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru dan Pasar Basah SPPK, Taman Pengkalan Jaya, Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh amat mengalu-alukan lawatan seumpama ini yang dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia turut membuka ruang kepada pertukaran idea, pengetahuan serta amalan terbaik yang mampu memberi manfaat bersama dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

506405555 1116540943831758 5273803017800187077 N
514691254 1116540667165119 6735797643326127856 N
515014804 1116540867165099 3066680030737640192 N
515066431 1116540650498454 575504848740487254 N
515089950 1116540927165093 5615223629727831863 N
515228310 1116541000498419 6114621581458375310 N
515306587 1116540790498440 1557954909775326945 N
515508621 1116540730498446 8611652222368069459 N
515620082 1116541020498417 4636391236336443719 N
515721171 1116540800498439 5568703104447290308 N
516439646 1116540720498447 5719138061126096280 N
  • Hits: 39
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5819380