KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SPRM NEGERI PERAK KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 23 Julai 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini menerima kunjungan hormat daripada P/TPj Azizul bin Ahmad Sarkawi, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan tersebut bertujuan mempererat hubungan strategik dan kerjasama antara SPRM Negeri Perak dengan MBI, khususnya dalam usaha memperkukuh aspek integriti, ketelusan, tadbir urus yang baik serta pencegahan rasuah dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pelaksanaan inisiatif pengukuhan integriti dan pematuhan tatakelola dalam kalangan warga kerja, selain meneroka peluang kerjasama melalui program kesedaran, pendidikan dan pencegahan rasuah.

MBI sentiasa komited untuk memastikan setiap urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti demi memelihara kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa tempatan.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh lagi kerjasama erat antara MBI dan SPRM Negeri Perak dalam membudayakan nilai integriti serta mewujudkan persekitaran perkhidmatan awam yang bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

751938347 1429741912511658 3918266518050372755 N
752539103 1429741875844995 2659908226919559478 N
752833199 1429741859178330 5971590979014512558 N
753361748 1429741839178332 3546189493780517537 N
753540989 1429741902511659 7599746185097419406 N
755945317 1429741889178327 4447378327186266734 N
  • Hits: 20
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:24/07/2026| Visitors Count :
  • All 6955921