MAJLIS DI AMBANG SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1447H PERINGKAT NEGERI PERAK

Ipoh, 26 Jun 2025 – YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, telah menghadiri Majlis Di Ambang Sambutan Maal Hijrah 1447H yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan.

Majlis yang diadakan sempena detik pergantian tahun baharu Hijrah itu turut dihadiri oleh Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, barisan kepimpinan negeri, pegawai-pegawai kerajaan, tokoh-tokoh agama, para pendakwah, pelajar institusi pengajian tinggi, serta masyarakat umum.

Dengan membawa tema "Hijrah dan Kelestarian: Menyatukan Ummah, Memulihara Bumi", sambutan pada tahun ini memberi penekanan kepada tanggungjawab bersama dalam memelihara kelestarian alam sekitar demi generasi akan datang. Tema ini juga mencerminkan kesedaran bahawa bumi yang dihuni hari ini adalah amanah untuk diwariskan dalam keadaan yang lebih baik kepada generasi pewaris.

Majlis diserikan dengan pelbagai pengisian rohani seperti bacaan doa, persembahan nasyid, dan ceramah khas Maal Hijrah yang menyentuh nilai-nilai penghijrahan Rasulullah SAW – sebagai inspirasi untuk membina transformasi diri dan memperkukuh perpaduan komuniti.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam, malah menjadi wadah memperbaharui tekad dan iltizam umat Islam untuk terus maju dalam segenap aspek kehidupan sejajar dengan tuntutan agama dan pembangunan mampan.

512843965 1111780744307778 7465854197327387095 N
512936614 1111780724307780 6006833079145454396 N
512960310 1111780684307784 7029337294234862360 N
513888857 1111780677641118 377195603042482864 N
514089863 1111780717641114 2952984449983719936 N
  • Hits: 60
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5819583