MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH PUSPANITA MBI MERIAH DAN SARAT EMOSI
Ipoh, 26 Jun 2025 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Ipoh hari ini telah menganjurkan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih, sempena majlis perpisahan YBhg. Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, mantan Pengerusi PUSPANITA MBI, serta majlis suai kenal Pengerusi baharu PUSPANITA MBI, YBhg. Puan Kartini binti Ibrahim, isteri kepada Datuk Bandar Ipoh.
Majlis yang berlangsung penuh mesra dan beremosi ini telah diadakan dalam suasana santai namun bermakna, sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan tidak ternilai YBhg. Datin Siti Faeza sepanjang menerajui PUSPANITA MBI. Beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan peranan wanita di peringkat perkhidmatan awam serta menyemarakkan aktiviti kebajikan, sosial dan kekeluargaan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Dalam majlis yang sama, warga PUSPANITA MBI turut mengalu-alukan kehadiran Pengerusi baharu, YBhg. Puan Kartini binti Ibrahim. Diharapkan dengan kepimpinan beliau, PUSPANITA MBI akan terus berkembang maju, relevan serta kekal menjadi wadah utama penyatuan wanita penjawat awam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
Antara acara yang memeriahkan majlis ialah jamuan hi-tea dalam suasana santai dan ceria, persembahan istimewa daripada Gema Warisan Budaya dan para ahli PUSPANITA, cabutan bertuah yang menggamatkan suasana, serta sesi bergambar sebagai kenangan yang akan terpahat dalam lipatan sejarah persatuan.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform meraikan jasa dan mengenali kepimpinan baharu, tetapi juga sebagai medium merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli PUSPANITA MBI.
Semoga semangat kekeluargaan ini akan terus subur demi kemajuan bersama.

- Hits: 67