MAJLIS MAKAN MALAM AMAL NUSANTARA BERSAMA DATUK (DR) M. NASIR

17 Mac 2025 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud telah mempengerusikan Sidang Akhbar Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk (Dr) M. Nasir pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Muhammad Hamzah bin Dato’ Haji Md Hamdan, Pengerusi Kelab Bakti Gunung Keledang, Encik Norali bin Nordin, Pengerusi Majlis Makan Malam Amal Bersama Datuk (Dr) M. Nasir dan Ahli Kelab Bakti Gunung Keldang.

Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di bawah sayap yayasan dikenali sebagai Yayasan Bakti Gunung Keledang dengan kerjasama MBI akan mengadakan satu majlis yang dinamakan sebagai “Majlis Makan Malam Amal Nusantara Bersama Datuk (Dr) M. Nasir” pada 3 Mei 2025 (Sabtu) jam 8.00 hingga 10.45 malam di Pusat Konvensyen Ipoh.

Tujuan Majlis Makan Malam Amal ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi KBGK melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2025. Saban tahun, KBGK telah dihujani dengan permintaan sama ada daripada individu atau badan-badan kebajikan seperti orang-orang kurang upaya, mereka yang menghidap autisma, rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah orang tua yang memerlukan bantuan bagi melaksanakan kerja-kerja amal mereka.

Sehubungan dengan itu, KBGK merasakan sudah tiba masanya Kelab menjadikan Majlis Makan Malam Amal sebagai aktiviti tahunan. Sehubungan dengan itu, kali ini, KBGK akan membawa seorang penyanyi dan komposer lagenda dikenali dengan gelaran “Sifu” dikalangan artis-artis tanah air iaitu Datuk (Dr) M. Nasir dengan bertemakan “Malam Nusantara”.

Sasaran KBGK adalah untuk mengumpul dana sehingga RM800,000.00 melalui sejumlah 140 meja tajaan berharga RM10,000.00, RM5,000.00 dan RM3,000.00. Seperti biasa, Kelab juga akan memilih sepuluh (10) Badan Amal terpilih sebagai penerima sumbangan disamping pengisian-pengisian lain yang akan turut dipersembahkan sebelum para tetamu dihiburkan oleh Datuk (Dr) M. Nasir.

Upacara penyampaian sumbangan akan disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Kelab Bakti Gunung Keledang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua syarikat-syarikat korporat, syarikat dan agensi di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak mahupun individu-individu yang telah menaja meja bagi menjayakan Majlis Makan malam Amal ini. Kesemua tajaan ini akan mendapat pengecualian cukai.

483765760 1035113115307875 2340214257113701497 N
484807092 1035113065307880 1870484238584651376 N
484909308 1035113098641210 3975312484425770765 N
485027327 1035113141974539 147920381566187336 N
  • Hits: 26
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:26/03/2025| Visitors Count :
  • All 5566539