MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG TAN SRI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (KPPA) BERSAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PERAK

24 April 2025 - Y.Bhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri Majlis Perjumpaan Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) bersama Pegawai Awam Negeri Perak pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan itu, turut dihadiri YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Program yang dihadiri oleh lebih 1,000 pegawai awam dari pelbagai agensi ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Berucap pada majlis berkenaan, Y.Bhg Tan Sri KPPA menekankan bahawa Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) perlu dijayakan secara menyeluruh, dengan lima penumpuan utama iaitu;

I. Pembangunan modal insan berkualiti;
II. Penghayatan nilai dan patriotisme;
III. Pembangunan organisasi yang dinamik;
IV. Sinergi awam-swasta; dan
V. Merakyatkan perkhidmatan awam.

Majlis pada hari ini turut disusuli dengan lawatan ke reruai pameran agensi dan jabatan di Negeri Perak, yang mempamerkan pelbagai usaha penambahbaikan perkhidmatan serta inovasi yang telah dilaksanakan di peringkat negeri.

492004230 1064876858998167 275685700802835807 N
492062087 1064876775664842 5504770299294982511 N
492081241 1064876952331491 1623167709866196693 N
492138734 1064876885664831 2665791778181304970 N
492165828 1064876945664825 2537890742188899336 N
492252638 1064876922331494 1164509717674504293 N
492546000 1064876822331504 264736136111497524 N
492554855 1064876892331497 5280511659808843245 N
492986295 1064876782331508 7754764436505524502 N
493212001 1064876828998170 7151504344702036972 N
493565959 1064876918998161 2720966836993294201 N
493689471 1064876865664833 4433079335425138856 N
  • Hits: 17
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:29/04/2025| Visitors Count :
  • All 5640019