MBI EDAR 1800 BUBUR LAMBUK
24 Mac 2025 – Sebanyak 1800 bekas bubur lambuk termasuk bubur anak lebah telah diedarkan kepada warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena Program Bubur Lambuk MBI 2025.
Majlis penyerahan bubur lambuk itu telah disempurrnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Turut hadir menyempurnakan majlis berkenaan, Y.Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ahli-ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.
Menerusi program yang dianjurkan ini, sebanyak 4 sektor terlibat, iaitu sektor Pentadbiran dan Operasi, sektor Perkhidmatan, sektor Kewangan dan sektor Teknikal.
Program Bubur Lambuk MBI 2025 ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim selain menjadi acara tradisi ketika bulan Ramadan.
Bagi memeriahkan lagi suasana program tahunan ini, turut diadakan Pertandingan Hiasan Khemah.
Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh sektor Pentadbiran dan Operasi, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, tempat kedua menjadi milik sektor Perkhidmatan dengan hadiah RM400 dan berkongsi tempat ketiga iaitu sektor Kewangan dan Teknikal dengan membawa pulang sebanyak RM300.
Diharapkan program ini dapat dikekalkan dan dijalankan dengan lebih cemerlang bagi mengukuhkan lagi hubungan antara sektor di MBI.

- Hits: 12