MBI RECEIVES RECOGNITION AS ONE OF THE LOW-CARBON CITIES THROUGH THE SUCCESS OF THE CENTRAL PLANNING AREA (KPP)
26 Februari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima pengiktirafan sebagai salah satu Bandar Rendah Karbon menerusi kejayaan Kawasan Perancangan Pusat (KPP) atas komitmen tinggi usaha pengurangan pelepasan karbon melalui pelbagai inisiatif yang menyasarkan aspek tenaga, air, pengurusan sisa pepejal, kehijauan dan badan air.
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mewakili Datuk Bandar Ipoh menerima anugerah tersebut daripada YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Wau Bulan Ballroom, Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara.
Majlis ini bertujuan mengiktiraf usaha pihak berkuasa tempatan dan organisasi dalam merealisasikan inisiatif Bandar Rendah Karbon sebagai sebahagian daripada Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge).
Pengiktirafan ini diberikan kepada pihak berkuasa tempatan dan organisasi yang berjaya melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon secara berkesan.
Atas kejayaan ini, MBI dianugerahkan tahap Diamond Level dalam kategori tenaga (58.28%), air (54.85%), dan sisa pepejal (18.43%).
Secara keseluruhan, usaha pengurangan karbon ini mendapat penilaian tahap 4 DIAMOND, menandakan pencapaian signifikan dalam transformasi bandar ke arah lebih mampan dan Rendah karbon.
- Hits: 196