MBI TERIMA 'HONOUR AWARD' BAGI KATEGORI GREEN INITIATIVES AWARD – GOVERNMENT SECTOR SEMPENA MALAYSIA LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS (MLAA) KE-15
24 Mei 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui Jabatan Taman dan Landskap telah menerima 'Honour Award' bagi kategori Green Initiatives Award – Government Sector sempena Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) ke-15, menerusi projek bertajuk “Bamboo: A Sustainable Solution for Green Landscape”.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperkukuh pelaksanaan pendekatan Nature Based Solution (NBS) dalam pembangunan landskap bandar yang mampan dan menyeluruh. Melalui inisiatif ini, buluh diketengahkan sebagai bahan alternatif yang lestari, digunapakai bukan sahaja dalam penghasilan perabot landskap, malah turut diintegrasikan bersama penanaman pokok teduhan bagi tujuan penyerapan karbon, mampu meningkatkan biodiversiti dalam bandar, serta mengurangkan kesan fenomena urban heat island di kawasan bandar.
Dalam era senibina landskap moden yang semakin menekankan prinsip kelestarian, pendekatan reka bentuk landskap kini bukan sekadar bersifat estetik, tetapi turut merangkumi fungsi ekologi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Perubahan ini disokong oleh kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap isu perubahan iklim, penurunan biodiversiti dan keperluan kepada pembangunan yang seimbang dengan alam semula jadi.
Anugerah telah disampaikan oleh Dato’ LAr. Ismail Ngah, mantan Presiden Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif MBI dalam mempelopori pendekatan landskap berasaskan alam semula jadi secara menyeluruh dan progresif, selaras dengan aspirasi landskap negara.
Pihak pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga jabatan, rakan strategik dan komuniti yang telah memberikan sokongan dan komitmen berpasukan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha MBI dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030, berasaskan inovasi, kelestarian dan kesejahteraan untuk semua.

- Hits: 18