3000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH LOW CARBON DAY BULAN MEI, 2025
25 Mei 2025 - 3000 wargakota Ipoh telah menyertai Program Ipoh Low Carbon Day Siri ke-79 pagi tadi. Program yang bertemakan Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day) ini bertujuan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Program ini dimeriahkan dengan kehadiran 2000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan, pelajar institusi, keluarga, NGO dan komuniti setempat yang menyertai larian amal sejauh 5 kilometer ini dalam acara Super Hero Fun Run @ Ipoh Low Carbon Day anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Kanak-kanak KAMI ENDAH (PEkA)) Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Larian amal ini diadakan sempena Kempen Kesedaran Kanser Kanak-kanak Sedunia.
Objektif utama larian ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai kanser kanak-kanak, disamping untuk mengumpul dana bagi membantu keluarga pesakit yang kurang berkemampuan sepanjang menjalani rawatan kanser. Selain itu, acara larian amal ini juga bertujuan untuk memupuk silaturahim diantara pesakit bersama dengan para kakitangan perawatan dan juga bersama masyarakat amnya. Selain larian amal, booth dari PEkA juga dibuka bagi menyediakan khidmat nasihat berbentuk pameran yang berinformasi mengenai kanser kanak-kanak, tanda amaran dan gejala kanser pada kanak-kanak, mitos dan fakta mengenai kanser kanak-kanak. Acara larian amal ini juga menyediakan beberapa hadiah cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada peserta.
Antara peserta booth yang hadir pada bulan ini adalah booth Proton e-MAS yang membuat pameran EV-Car. Proton kini sedang melancarkan keluaran kereta terbarunya iaitu kereta elektrik e-MAS7. Sebanyak 5 buah EV-Car Proton e-MAS telah dipamerkan semasa berlangsungnya program ILCD ini.
Program pelancaran larian ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Clr. Dato' Ahmad Hariri Bin Haji Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI bersama Dr. Haji Saiful Azlan Bin Haji Sharif, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Semoga penganjuran program ini akan membantu MBI merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.

- Hits: 32