TUJUH PASANGAN PENGANTIN TERLIBAT DALAM MAJLIS NIKAH JAMAIE SYARIE ANJURAN MBI, MASJID MUHIBBUDDIN SHAH & PERKIP
25 Mei 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dan Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) telah menganjurkan Majlis Nikah Jamaie Syarie pagi tadi.
Program yang diadakan Sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh Ke-37 itu melibatkan penyertaan tujuh (7) pasangan pengantin yang terdiri daripada individu kelahiran negeri Perak.
Majlis akad nikah pasangan pengantin tersebut telah berlangsung di Masjid Muhibbuddin Shah, manakala majlis resepsi pula diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh.
Majlis Nikah Jamaie Syarie ini telah dirasmikan YBhg. Dato’ Haji Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI.
Hadir sama pada program berkenaan, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan MBI serta Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah.
Antara tujuan penganjuran majlis ini adalah bagi membantu memudahkan urusan nikah kahwin di kalangan golongan muda di bandaraya Ipoh, menggalakkan orang muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga, membina ukhuwah serta menjadikan MBI organisasi yang sentiasa peka dan prihatin terhadap kemanusiaan dan kebajikan masyarakat di bandaraya ini.
Hampir 1000 orang hadir bagi memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada ahli keluarga pengantin.

- Hits: 18