MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPTD CAWANGAN PERAK KALI KE-3 TAHUN 2026

Ipoh, 8 Julai 2026 - YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan hari ini hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Perak Kali Ke-3 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Majlis tersebut menghimpunkan barisan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang merupakan antara tunjang utama dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan serta pelaksanaan dasar-dasar demi kesejahteraan rakyat.

Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PTD yang disifatkan sebagai insan penting di belakang tabir, yang jarang disebut namanya namun memainkan peranan besar dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai oleh masyarakat.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah kerajaan bukan hanya diukur melalui dasar-dasar baharu yang diumumkan, sebaliknya melalui sejauh mana dasar tersebut berjaya dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak positif kepada rakyat.

Jelas beliau, keupayaan penjawat awam khususnya pegawai PTD dalam menggalas amanah dengan penuh dedikasi menjadi asas penting dalam membina keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

YAB Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada para pegawai PTD dan seluruh barisan penjawat awam yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan demi memastikan negeri Perak terus maju, makmur dan sejahtera.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim serta YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

740286286 1417291887089994 6446655352675680177 N
741021730 1417291840423332 8996418982882045905 N
741324631 1417291897089993 2977332724477430716 N
741475075 1417291930423323 15091306838492909 N
741481525 1417291847089998 2249833562061522118 N
742473369 1417291920423324 1803936715836348386 N
743362140 1417291960423320 8899509320322758458 N
  • Hits: 69
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:24/07/2026| Visitors Count :
  • All 6956724