PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) BERCHAM, YB EN. ONG BOON PIOW DI TAMAN SERI DESA JALAN TAWAS GEMILANG IPOH

Ipoh, 2 Julai 2025 – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham, YB En. Ong Boon Piow telah turun padang pagi ini ke kawasan Taman Seri Desa bagi meninjau permasalahan berkaitan aduan kebun haram, cantasan pokok serta jalan perumahan rosak yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Clr. En. Ramesh a/l Subramaniam, YBhg. Clr. En. Ng Haen Vee, LAr. Encik Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Pengarah Kanan (Perkhidmatan), wakil Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh dan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati beberapa permasalahan telah dikemukakan oleh penduduk, antaranya:

1. Kejadian pokok tumbang di dalam kawasan Taman Rekreasi
2. Jalan sekitar Taman Perumahan yang rosak
3. ⁠Cadangan pemasangan lampu di Taman Permainan Kanak - Kanak serta Naik Taraf Pejalan Kaki di Taman Rekreasi

Sehubungan itu, tindakan awal MBI akan melaksanakan cantasan pokok dalam kawasan taman rekreasi, tampalan notis kacau ganggu dan tampalan jalan berdasarkan peruntukan tahunan yang diberi. Penduduk juga telah dinasihatkan untuk mematuhi notis kacau ganggu kebun haram.

Lawatan turun padang ini menunjukkan komitmen pihak Majlis dalam memahami realiti di peringkat komuniti serta berusaha mencari penyelesaian terbaik secara holistik. Diharapkan isu ini dapat ditangani secara berperingkat demi menjamin kesejahteraan penduduk dan menyokong pembangunan bandar yang lebih lestari dan seimbang.

514254740 1115695103916342 9035851054048733314 N
514281644 1115695053916347 1860506336832408499 N
514351234 1115695087249677 4506541496495986601 N
514352757 1115695000583019 3221925290075697763 N
514408855 1115695127249673 1972621090453667283 N
514419492 1115695183916334 5884582606787192695 N
514422478 1115695010583018 493055421057667285 N
514465034 1115695120583007 1356108711070540600 N
515279738 1115695177249668 2199570473376410828 N
515404131 1115695063916346 7744208986950326128 N
  • Hits: 32
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:22/07/2025| Visitors Count :
  • All 5819354