SYABAS & TAHNIAH... PERAK BISON JUARA STL 2025 GP PERAK

Ipoh, 17 Ogos 2025 – Pasukan Perak Bison muncul juara Kejuaraan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) 2025 GP Perak yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Ia turut disaksikan oleh YAB Dato Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak serta YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah Datuk Bandar Ipoh.

Lebih manis, pemain-pemain Perak Bison turut mendominasi anugerah individu dengan membawa pulang gelaran Tekong Terbaik, Killer Terbaik, Feeder Terbaik dan Pemain Pilihan Peminat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain dan pengurusan Perak Bison atas kejayaan mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.
  • Hits: 582
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:03/07/2026| Visitors Count :
  • All 6864915