LEBIH 1,000 PEMINAT BOLA SEPAK MERIAHKAN TAYANGAN SKRIN BESAR PIALA DUNIA FIFA 2026



Ipoh, 15 Julai 2026-Lebih 1,000 warga kota Ipoh membanjiri Dataran Bandaraya Ipoh bagi menyaksikan tayangan skrin besar perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Sepanyol.

Walaupun perlawanan berlangsung pada awal pagi, para peminat bola sepak tetap hadir dengan penuh semangat bersama keluarga dan rakan-rakan bagi merasai kemeriahan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Pertemuan sengit berkenaan menyaksikan Sepanyol berjaya menewaskan Perancis dengan keputusan 2-0, sekali gus melayakkan pasukan tersebut mara ke perlawanan akhir.

Suasana di Dataran Bandaraya Ipoh berlangsung meriah, aman dan penuh semangat kesukanan, sekali gus memperlihatkan kebersamaan komuniti serta minat mendalam warga kota terhadap sukan bola sepak.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini.

Satu Bandar, Satu Semangat, Satu Piala Dunia!

#MajlisBandarayaIpoh
#IpohBestariSejahtera
#PialaDuniaFIFA2026
#SkrinBesarMBI
#DataranBandarayaIpoh
#KomeAnokIpoh


  • Hits: 98
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:24/07/2026| Visitors Count :
  • All 6955921