MBI LANJUT TEMPOH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2/2026 HINGGA 30 SEPTEMBER 2026

Ipoh, 4 September 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa tempoh akhir bayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Kedua Tahun 2026 telah dilanjutkan sehingga 30 September 2026.

Pelanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi memberi ruang dan tempoh yang bersesuaian kepada pemilik pegangan serta pembayar cukai untuk menjelaskan bayaran Cukai Taksiran masing-masing.

Keputusan tersebut turut mengambil kira keadaan semasa, termasuk pelaksanaan nilai kadar baharu pada Julai 2025, selain situasi ekonomi semasa yang memberi kesan kepada sebahagian warga kota.

Sehubungan itu, pembayar cukai yang masih mempunyai bayaran tertunggak bagi Penggal Kedua Tahun 2026 disarankan supaya mengambil peluang sepanjang tempoh lanjutan ini untuk membuat pembayaran sebelum atau pada 30 September 2026.

MBI turut memaklumkan bahawa caj Notis E akan mula dikenakan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026 terhadap akaun yang masih belum menjelaskan bayaran selepas tamat tempoh berkenaan.

Justeru, MBI menyeru semua pemilik pegangan supaya menyemak status Cukai Taksiran masing-masing dan membuat pembayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pengenaan caj Notis E serta tindakan susulan.

Kerjasama dan keprihatinan warga kota dalam menjelaskan Cukai Taksiran amat dihargai kerana hasil kutipan tersebut penting dalam menyokong penyediaan serta penyelenggaraan perkhidmatan dan kemudahan perbandaran demi kesejahteraan seluruh warga Ipoh.
  • Hits: 26
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:04/09/2026| Visitors Count :
  • All 7092827