PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2027M / 1448H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2027M / 1448H yang dijangka akan bermula pada awal bulan Februari 2027 nanti. Sebanyak 22 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1,561 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Penjaja, Agensi Swasta, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Unit Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 4 November 2026 hingga 17 November 2026. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2027 yang akan dikeluarkan mulai 4 November 2026.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang ditetapkan oleh Majlis.

MBI juga menggalakkan mana-mana penganjur Bazar Ramadan yang berminat untuk membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat terlebih dahulu dan mendapat kelulusan Majlis.

Adalah diharap Bazar Ramadan 2027 nanti akan berjalan lancar di samping membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga / penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

<<< MUAT TURUN BORANG >>>



  • Hits: 45
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:10/11/2026| Visitors Count :
  • All 7367176