PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PUSAT AKUATIK TUANKU ZARA DILANJUTKAN SEHINGGA 17 OGOS 2026
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa tempoh penutupan sementara Pusat Akuatik Tuanku Zara dilanjutkan sehingga 17 Ogos 2026 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pam air yang masih belum dapat disiapkan mengikut jadual asal.
Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah bermula pada 31 Julai 2026 dan pada asalnya dijangka siap pada 12 Ogos 2026. Walau bagaimanapun, atas faktor berkaitan pelaksanaan kerja penyelenggaraan, tempoh penutupan perlu dilanjutkan bagi memastikan semua kerja dapat disiapkan dengan sempurna serta kemudahan berada dalam keadaan selamat dan sesuai untuk digunakan.
Sehubungan itu, Pusat Akuatik Tuanku Zara akan ditutup sehingga 17 Ogos 2026 dan dijangka kembali beroperasi seperti biasa mulai 18 Ogos 2026.
MBI memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penutupan ini.
Sebarang perkembangan lanjut berkaitan operasi Pusat Akuatik Tuanku Zara akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Majlis Bandaraya Ipoh.

- Hits: 20