SELAMAT DATANG Y.BHG TUAN ZAMAKHSHARI BIN HANIPAH-DATUK BANDAR IPOH KE-13
16 April 2025 - Y.Bhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-13 berkuatkuasa hari ini.
Watikah perlantikanya telah disampaikan YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad Menteri Besar Perak pagi tadi, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Datuk Bandar Ipoh ke 13 telah hadir melapor diri ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) petang tadi.
Pada hari ini, beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Persedian Bencana (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengadakan sesi suai kenal bersama pihak Pengurusan Tertinggi dan Ketua Jabatan/ Unit MBI.
- Hits: 341