Perlesenan

Permohonan Lesen Kiosk

  • Utama
  • Permohonan Lesen Kiosk

1. SYARAT UTAMA

Mengemukakan pelan lantai ubah suai bangunan yang menunjukkan kedudukan kiosk di laluan / pathway / walkway yang di luluskan oleh pihak Bomba dan Majlis.

 2. DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DI KEMUKAKAN

i.

1 salinan SSM ATAU Memorandum dan Tata Urusan Kerja Section 78 (Borang 24) dan Section 58 (Borang 49);

ii.

1 salinan perjanjian penyewaan;

iii.

1 salinan lokasi kiosk dalam kawasan pasaraya (bersaiz A4 dan warnakan);

iv.

1 salinan kad pengenalan pemohon; dan

v.

Gambar kiosk dan aktiviti perniagaan dalam saiz A4.

 KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG

 3. TEMPOH DAN KADAR BAYARAN

Tempoh penyewaan

Kadar lesen

1 - 3 bulan

RM50.00

Melebihi 14 hari tapi kurang dari 1 bulan

RM40.00

Antara 1 hingga 14 hari

RM30.00

4. CAGARAN

Setiap permohonan di kenakan cagaran sebanyak RM100 dan hendaklah di tuntut dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menamatkan tempoh penyewaan dengan mengemukakan resit asal bayaran cagaran dan surat perakuan daripada pihak pengurusan pusat membeli belah yang menyatakan telah tamat tempoh penyewaan.

 5. PENYAMBUNGAN PENYEWAAN

Jika menyambung tempoh penyewaan selepas 3 bulan pertama, pelesen hendaklah mengemukakan permohonan penyambungan dengan membawa bersama surat perjanjian / penyambungan bagi tujuan di keluarkan lesen perlanjutan tanpa di kenakan bayaran cagaran. 

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/07/2024 | Jumlah Pelawat : 5102306