Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR LANCAR APLIKASI DMBI (MODUL CUKAI TAKSIRAN) MAJLIS BANDARAYA IPOH

15 November 2023 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh melancarkan Aplikasi DMBI (Modul Cukai Taksiran) MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli-Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-pengarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan MBI dan Ketua-Ketua Kampung di Bandaraya Ipoh.

Penganjuran Majlis tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada warga kota mengenai perkhidmatan digital elektronik yang disediakan dibawah Majlis Bandaraya Ipoh dan seterusnya menggalakkan penyerataan masyarakat sejajar dengan trend industri yang berubah kepada gaya hidup digital dan salah satu langkah ke arah masa depan yang lebih hijau dan mesra alam. Ia merubah cara pengurusan pembayaran yang lebih mudah, cepat dan jimat berbanding cara kovensional.

Peranan teknologi digital semenjak pandemik COVID 19 telah memberi cabaran getir kepada semua negara untuk meneruskan kehidupan seperti biasa “it has never been clearer that technology is a convenient tool for advancement in the best of times, and an essential tool of survival during the most challenging of crises”.

Pada Januari 2023, seiring dengan amanat kerajaan Malaysia, MBI telah membangunkan satu aplikasi digital yang dikenali DMBI. Pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah kaedah mesra alam bagi pengguna untuk mengkases, menerima, menyemak dan membayar bil cukai taksiran tanpa mengira waktu dan tempat, semuanya dengan satu klik!.

Oleh itu bermula penggal 2/2023 (Julai-Disember 2023) MBI tidak lagi menghantar bil secara fizikal kepada warga kota. Dan pelanggan yang hadir ke kaunter bayaran telah diberikan hebahan/ penerangan terperinci berkaitan aplikasi DMBI dan bil secara digital.

Melalui aplikasi DMBI, pengguna yang berdaftar boleh membuat bayaran atas talian menggunakan sistem FPX dan e-Wallet ia lebih selamat dan cepat dan sistem peringatan/ notifikasi juga disediakan sebagai peringatan kepada pengguna jika terdapat bil terbaru dikeluarkan kepada mereka. Sebagai tambah baik di masa akan datang, aplikasi ini juga akan menyediakan modul permohonan bayaran tunggakan cukai taksiran secara ansuran bagi meringankan bebanan.

Hasil dari penggunaan aplikasi DMBI ini jelas dan nyata adalah terdapat peningkatan kutipan terimaan bayaran dari cara konvensional (datang dan bayar) kepada kutipan elektronik (atas talian)

JENIS PLATFORM

APLIKASI DMBI

LAMAN WEB

2022

2023 (Okt)

2022

2023 (Okt)

JUMLAH KUTIPAN (RM)

123,133

136,493

371,505

465,293

PENINGKATAN PERATUSAN (%)

13,360  |  11%

93,788 |  25.2%



Dalam ucapannya, Datuk Bandar memohon kerjasama pihak media untuk membuat hebahan meluas kepada warga kota, melalui media cetak dan elektronik. Setakat ini, sebanyak 28,800 aplikasi tersebut telah dimuat-turun aplikasi Google Playstore dan Appstore.

Pada tahun 2024 wargakota perlu membuat bayaran Cukai Taksiran setahun dan tanpa tunggakan dimana-mana saluran pembayaran MBI serta memuat turun aplikasi DMBI dan mendaftar sebagai pengguna bagi melayakkan untuk menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2024 yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik terdiri 30 hadiah utama iaitu sebuah kereta Produa Axia 1.0 E (MT), 4 buah motorsikal 110cc, Smart TV 65 inci dan beberapa barangan kelengkapan rumah/barangan digital yang sangat menarik serta 200 saguhati wang tunai berjumlah keseluruhan bernilai RM 99,000.00.

Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2024 pula, pihak Majlis menyediakan rebat bayaran sehingga RM 5.00 untuk 20,000 pembayar awal tertakluk pada terma dan syarat. Bahkan bukan itu sahaja, dalam menarik minat pembayar awal MBI juga memberikan cabutan bertuah bulanan bagi bulan November dan Disember 2023 yang berjumlah RM 9,000.00 yang menanti kepada 20 pemenang. Cabutan bertuah ini merupakan ransangan kepada warga kota dalam memupuk amalan pembayaran awal bil cukai taksiran tahun 2024.

Semoga inovasi ini MBI akan terus memacu citra kecemerlangan dalam melaksanakan visi dan misi MBI ke arah Bandaraya Bestari Sejahtera.

IMG 20231115 WA0043
IMG 20231115 WA0044
IMG 20231115 WA0045
IMG 20231115 WA0046
IMG 20231115 WA0047


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 08/01/2025.
  • Jumlah Pelawat 5368826