24 Disember 2024 - Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN) telah mengadakan PADUAN Pocket Talk (Siri 1) dengan topik "Climate Change-Impak Kepada PBT" di Dewan Azlan Shah pagi tadi.
Forum ini telah melibatkan Ahli-Ahli Panel yang terdiri daripada LAr. Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Pengarah Kanan (Perkhidmatan) Majlis Bandaraya Ipoh dan LAr. Dr. Zulkefle bin Haji Ayob, Arkitek Landskap daripada Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi Kolej Alam Bina, UiTM Perak Kampus Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
Ir. Ts. Arif bin Mohd Zainudin merangkap Presiden Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN) pula telah bertindak sebagai moderater bagi forum tersebut.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Ketua Jabatan dan pegawai - pegawai kanan MBI.
Forum yang dianjurkan oleh PADUAN ini bertujuan untuk membincangkan isu global ini dan bagaimana PBT memainkan peranan penting dalam memastikan komuniti bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan cabaran ini, tetapi juga mampu membina ketahanan untuk masa hadapan.
Forum ini amat relevan dalam konteks PBT khususnya MBI dalam menghadapi impak perubahan iklim memandangkan Ipoh juga tidak terkecuali dari kesan patern hujan yg lebih lebat hingga kawasan yang tidak pernah banjir dahulu kimi telah mula banjir.
Semoga forum ini akan menjadi titik tolak kepada MBI untuk mencari solusi terbaik dalam mencari jalan penyelesaian terbaik menghadapi fenomena banjir serta mencapai hasrat MBI menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.