Aktiviti & Berita

MENTERI BESAR PERAK RASMI KONVENSYEN INOVASI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2026

Ipoh, 7 Oktober 2026-Perak julung kalinya menganjurkan Konvensyen Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan 2026 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.

Majlis perasmian Konvensyen Inovasi yang berlangsung pada hari ini, telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.

Hadir sama pada majlis berkenaan, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Encik Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Perak serta YBhg.Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Penganjuran program ini sebagai platform mengetengahkan pelbagai inovasi, teknologi dan idea kreatif menerusi penyertaan 60 pempamer daripada pelbagai sektor seperti perkhidmatan awam, institusi pendidikan, industri dan komuniti.

Konvensyen selama dua hari bermula 6 Oktober 2026, telah menghimpunkan pelbagai bentuk pameran yang mengetengahkan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, pendidikan, kesihatan, keselamatan, robotik, pertanian, alam sekitar, pelancongan, sukan, makanan, kesejahteraan rakyat dan pendigitalan, selain demonstrasi teknologi serta robotik kepada pengunjung.

836859273 1548856233933558 963599550428439640 N
836897149 1548856247266890 3747633717106772402 N
838042266 1548856253933556 8581739590541908972 N
838515260 1548856203933561 5497363630054946720 N
839754410 1548856100600238 1339438297288583181 N
839754411 1548856240600224 6385122984134833344 N
839935329 1548856177266897 1946817323623270391 N
840824930 1548856170600231 2604224994796120977 N
841386810 1548856197266895 2985705492591966100 N
WhatsApp Image 2026 10 12 At 094358
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 12/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7234622