Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDAARASAN UPEN NEGERI SEMBILAN PERKUKUH KERJASAMA BANDAR PINTAR DAN PELANCONGAN

Ipoh, 13 November 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima lawatan penandaarasan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan bandar pintar dan pembangunan pelancongan.

Delegasi seramai 26 peserta itu diketuai oleh YBrs. Dr. Arwan bin Sabri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Puan Faridah binti Abdul Aziz, Pengarah Korporat Bandaraya MBI, bersama wakil agensi berkaitan.

Program ini dimulakan dengan kunjungan ke Ipoh Integrated Operation Centre (IIOC) di UTC Perak, untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi bersepadu dalam pemantauan trafik dan pengurusan bandar.

Delegasi turut dibawa melawat Tasek Cermin, Ipoh, bagi meninjau pelaksanaan pelancongan pintar (iTourism) serta potensinya dalam merancakkan ekonomi dan meningkatkan daya saing destinasi pelancongan.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara agensi ke arah pembangunan bandar yang inovatif, mampan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera.

896834962 1587771123375402 1420030849348952396 N
904132871 1587771236708724 740875641534071998 N
904246188 1587771220042059 6062388994093751364 N
904463398 1587771170042064 4068258127811824822 N
904538148 1587771140042067 80582792677561098 N
904936572 1587771160042065 410674465023779751 N
905350140 1587771213375393 1499774916764725269 N
905350166 1587771203375394 4582642878626925512 N
906399317 1587771263375388 1980473785001770603 N
907031009 1587771000042081 8803942304253693528 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7394042