Tanjong Malim, 12 November 2026 – Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 berlangsung di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim, hari ini.
Penganjuranya sebagai platform dalam memperkukuh komitmen terhadap perancangan dan pembangunan bandar yang mampan, inklusif serta berdaya saing.
Majlis yang bertemakan “Bandar Kita, Masa Depan Kita: Perak Sejahtera dan Berprestasi Tinggi” itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Turut hadir pada majlis berkenaan, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia; YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak serta Encik Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim.
Pada sambutan tersebut, turut menyaksikan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Bandar Mampan. Penyampaian anugerah itu telah disampaikan Menteri Besar Perak kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.