Aktiviti & Berita

MAJLIS BANDARAYA IPOH DIIKTIRAF SEBAGAI BANDAR PINTAR TAHAP 2 (DEVELOPING SMART CITY) DALAM PENARAFAN BANDAR PINTAR MALAYSIA 2026

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS BANDARAYA IPOH DIIKTIRAF SEBAGAI BANDAR PINTAR TAHAP 2 (DEVELOPING SMART CITY) DALAM PENARAFAN BANDAR PINTAR MALAYSIA 2026
Petaling Jaya, 4 November 2026-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengukuhkan pencapaiannya dalam pembangunan perbandaran, apabila menjadi satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di Wilayah Utara yang menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar (Smart City), bagi Tahap 2: Developing Smart City (Bandar Pintar Dinamik), sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026, Peringkat Kebangsaan.

Pengiktirafan ini telah disampaikan YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, pada majlis yang berlangsung
Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Terdahulu majlis perasmian sambutan berkenaan telah disempurnakan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Program tersebut turut menyaksikan peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) oleh Perdana Menteri, selain penyampaian beberapa anugerah berkaitan pembangunan bandar mampan dan perancangan perbandaran.

Penarafan Bandar Pintar Malaysia merupakan inisiatif KPKT melalui PLANMalaysia berdasarkan piawaian MS ISO 37122:2019 (Smart City Indicators) bagi menilai tahap pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh PBT.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperkukuh tadbir urus bandar pintar, penerapan teknologi dan inovasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga bandar raya Ipoh.

886577668 1577589327726915 9198042732999707460 N
887078634 1577589764393538 6932052226822311581 N
888207546 1577589891060192 2152444560421496097 N
888506638 1577589937726854 1328168654950683770 N
888585622 1577589697726878 3144586142097685208 N
888872853 1577589797726868 7893115316577902304 N
888991571 1577589567726891 6821318226358686029 N
890597865 1577589384393576 7735827147975769899 N
881775972 1577589534393561 4811962656723505723 N
885459811 1577589831060198 1405083799818545259 N
887245091 1577589991060182 7916004111187658230 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7345032