Aktiviti & Berita

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE SAMBUTAN HARI DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Ipoh, 14 November 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Rasiah binti Mohd Noor serta YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah.

Turut hadir, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak;
YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan

Majlis anjuran kerajaan negeri itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung pelbagai kaum.

Pada majlis itu, baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 69 anak yatim dari enam pusat jagaan dan pertubuhan kebajikan sekitar Perak.

904840826 1589035186582329 8731376709109353370 N
905020500 1589035116582336 2553473199957705070 N
905981717 1589035299915651 8067405080075012610 N
906060983 1589035056582342 2709707753463817714 N
906061080 1589035176582330 5644354204606501946 N
906287383 1589035096582338 3577497500052450893 N
907484228 1589035203248994 628079948102349706 N
910027021 1589035219915659 4412908252959341473 N
910027567 1589035139915667 198502918491402285 N
910136737 1589035153248999 5376786010667612232 N
910226708 1589035239915657 2928273538199076174 N
910226853 1589035293248985 72525749376619386 N
910228943 1589035346582313 975737013520906126 N
910270967 1589035256582322 666356283222023284 N
Deepavali With Tuanku
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7394042