Aktiviti & Berita

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KERAJAAN NEGERI PERAK

Ipoh, 30 Oktober 2026- Penganjuran Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak.

Majlis yang berlangsung dalam suasana santai bersama barisan kepimpinan serta pegawai kanan kerajaan di Miker Signature, Medan Gopeng itu turut diadakan bersempena Penutupan Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI.

Delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), mewakili YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Mengiringi beliau ialah YB Dato' Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak mewakili YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hadir sama, YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan); YBhg. Dato' Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak); YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta Pegawai-Pegawai Daerah di Perak.

862954804 1572934294859085 3501904422505466532 N
865652442 1572934424859072 3034356470375746832 N
866160583 1572934331525748 5576107165358133241 N
866499285 1572934401525741 93394438655975211 N
867636286 1572934481525733 5584050327421399007 N
868134968 1572934348192413 4297415738596160908 N
869367479 1572934458192402 8594738948208181664 N
870305017 1572934361525745 5883236168420655161 N
880238858 1572934374859077 2706941361240646460 N
WhatsApp Image 2026 10 31 At 155907
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7345031