Aktiviti & Berita

MBI PERKUKUH TADBIR URUS DAN PENGURUSAN HASIL PELESENAN MENJELANG 2027

Kuala Lumpur, 5 November 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi Jabatan Pelesenan terus memperkukuh tadbir urus dan kecekapan pengurusan hasil pelesenan melalui penganjuran Bengkel Pemantapan Hasil Pelesenan: Garis Panduan Pelesenan Pindaan 2027.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 November 2026 di Kuala Lumpur itu, telah melibatkan penyertaan 44 orang anggota MBI terdiri daripada ketua-ketua jabatan serta wakil unit MBI yang berkaitan.

Majlis perasmian bengkel berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Penganjuran bengkel ini memberi penekanan terhadap peningkatan kefahaman dan kompetensi pegawai mengenai dasar, garis panduan serta prosedur pelesenan, khususnya dalam menyeragamkan proses permohonan, kelulusan, pembaharuan dan pembatalan lesen agar lebih sistematik, telus dan berkesan.

Selain itu, ia turut menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama rentas jabatan, memantapkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan serta mengoptimumkan pengurusan hasil pelesenan selaras dengan aspirasi MBI untuk mewujudkan sistem tadbir urus bandar raya yang progresif menjelang tahun 2027.

887316412 1578513207634527 7736078985236739003 N
887449278 1578513360967845 7968420242987713420 N
887968318 1578513334301181 6436666856358275482 N
888259942 1578513280967853 1933612983921605609 N
888280870 1578513310967850 8639808168275396749 N
890248792 1578513394301175 9112188659019755305 N
890718844 1578513237634524 3388041684595046417 N
891789538 1578513250967856 5152319343197662575 N
WhatsApp Image 2026 11 05 At 152825

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7345031