Aktiviti & Berita

MBI, PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Putrajaya, 1 Oktober 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia, Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Putrajaya.

Sesi pertemuan tersebut diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan MKN, di samping meneroka ruang kerjasama yang boleh diperkasakan pada masa akan datang.

Pertemuan berkenaan turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan bandar raya, aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan dengan agensi Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan aspek keselamatan, pengurusan bandar serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.

Hubungan strategik yang diperkukuh menerusi sesi kunjungan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kepada perkongsian kepakaran, pandangan dan pengalaman antara MBI dan MKN demi kepentingan bersama.

111
32132132
333
WhatsApp Image 2026 10 01 At 191331
WhatsApp Image 2026 10 01 At 191332
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7189785