IPOH, 8 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini, menerima kunjung hormat delegasi Program Jelajah Kasih Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2026.
Ketibaan para delegasi, telah disambut oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh dan En. Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI.
Kunjungan alumni UKM dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi ini, telah diketuai oleh YBhg. Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) merangkap Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM, bersama barisan pegawai, kakitangan serta ahli Kelab UKM Bikers.
Turut serta dalam sesi kunjungan tersebut ialah Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Kesatria Universiti, serta YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program ini menyediakan ruang untuk mempererat hubungan antara UKM dengan MBI, di samping bertukar pandangan dan berkongsi maklumat mengenai inisiatif alumni serta potensi kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat.